Apabila seorang lelaki benar-benar jatuh cinta dan setia pada kekasihnya dengan ikhlas, perubahan sikapnya dapat dilihat dengan jelas. Hati lelaki yang dianggap keras selama ini, tiba-tiba menjadi selembut kapas. Bahkan lelaki yang mabuk cinta sanggup berkorban dan melakukan apa sahaja untuk kekasihnya. Sekeras manapun hati lelaki ia akan mengalirkan air mata apabila hatinya dilukai. Namun kaum wanita janganlah mengambil kesempatan di atas pengorbanan yang dilakukan lelaki untuk mu itu.
Sekiranya kamu menyadari teman lelaki kamu sentiasa bersungguh-sungguh melakukan sesuatu untuk kamu dengan rela hati, nyata kamu tidak salah memilih teman hidup. Situasi ini terang-terangan sudah menjelaskan yang sebenarnya. Dia bukanlah jenis orang yang disampingmu bukan sekedar suka-suka ataupun untuk mengambil kesempatan,tetapi atas dasar cinta yang sesungguhnya. Betapa beruntungnya kamu.
Selain itu, jika teman lelakimu sentiasa bisa buat hatimu senang dan terhibur, itu tandanya dia menginginkan hubungan yang serius daripada kamu. Sudah tentu dalam sebuah hubungan kita inginkan sesuatu kenangan yang manis untuk dikenang. Jadi tidak heran jika lelaki seperti ini sentiasa menginginkan suasana ceria setiap kali berdampingan dengan orang yang dianggap istimewa dalam hidupnya. Padanya, sudah menjadi tanggung jawab untuk membuat hati orang yang disayangi senantiasa senang dan terhibur.